-
✅ Tiket feri pergi dan balik Terminal Johor Baru
-
✅ Tour Guide Bintan
-
✅ 3 sarapan hotel, 3 makan tengahari & 3 makan malam
-
include
-
1
Overvie4H3M PESONA KEPRI 2024(BATAM - BINTAN - TANJUNG PINANG - PULAU PENYENGAT).w
Ada apa di Batam? Pulau Batam merupakan sebuah pulau ‘kecil tetapi sibuk’ yang terletak di Indonesia.
Pulau yang seluas 45 km persegi ini menampung hampir sejuta penghuni, beratus-ratus kilang-kilang milikan antarabangsa, pekan-pekan, pusat-pusat membeli-belah dan laluan masuk ke Kepulauan Riau.
Untuk anda yang ingin mencari pengalaman santai dan unik terutamanya di kawasan Asia, Pulau Batam merupakan destinasi yang mesti anda kunjungi.
Ini kerana, kawasan pantai ini kaya dengan resort pantai yang mewah, hidupan-hidupan liar semulajadi dan makanan laut yang lazat, itu hanya sekadar sebahagian daripada apa yang ditawarkan oleh pulau ini.
Terletak hanya 20 km dari Singapura dan 25 km dari Johor di Malaysia, kedudukan strategik pulau ini menjadikan ia mudah diakses melalui udara dan air dan dengan itu menjadikan ia destinasi kesukaan industri pelancongan dan perniagaan.
Dengan kedudukan strategik ini, Pulau Batam meningkat naik sebagai sebuah hab industri dengan pembangunan pesat kilang-kilang elektronik, industri pembaikan kapal air yang besar dan berkembang, serta sektor perkhidmatan minyak yang lebih besar.
Sebilangan kecil sahaja pakar datang ke sini untuk bekerja, namun pelbagai pusat hiburan dan padang golf telah tersedia untuk keperluan riadah mereka.
Terletak di garisan Khatulistiwa, seperti mana juga seluruh Indonesia memiliki iklim khatulistiwa biasa.
Monsun Timur dan Barat menukar kelembapan dengan membawa udara kering antara Jun dan September dan hujan sekali-sekala dari Disember hingga Mac.
Cuaca adalah tetap dan perubahan yang ada sekadar beberapa darjah sahaja sepanjang tahun.
Suhu purata adalah antara 23-28 oC dan ini menjadikan masa terbaik untuk pelancongan, namun ia bergantung kepada perancangan peribadi dan masa lapang anda sendiri.
Batam - Bintan - Tanjung Pinang - Pulau Penyengat
- BATAM
- BINTAN
- TANJUNG PINANG
- PULAU PENTENGAT