Tentang Syarikat

Bersama Mencipta Memori,
Menempa Cinta Ilahi

Perjalanan anda bermula di sini, cari destinasi yang sesuai dengan anda dan mulakan perjalanan. Kami menawarkan pakej pelancongan terbaik untuk anda nikmati setiap detik perjalanan.

Memandangkan pasaran pelancongan semakin berkembang di Malaysia, kami berusaha untuk melakukan yang terbaik, demi untuk anda. 

AL FATEH WORLDWIDE TRAVEL and TOURS akan terus komited demi untuk anda.

SYARIKAT YANG DIPERCAYAI

Dipercayai oleh beribu-ribu pengembara, kami lebih daripada sekadar agensi pelancongan — kami adalah rakan kongsi anda yang boleh dipercayai dalam setiap langkah perjalanan.

PROFESSIONAL

AL FATEH WORLDWIDE TRAVEL and TOURS adalah nama yang dipercayai dalam industri pelancongan, khusus untuk menyampaikan penyelesaian perjalanan yang lancar dengan profesionalisme dan integriti. Kami tidak pernah menghadapi situasi jemaah terkandas, Alhamdulillah.

Authorized Agency

AL FATEH WORLDWIDE TRAVEL & TOURS SDN. BHD

AL FATEH WORLDWIDE TRAVEL & TOURS SDN. BHD. adalah syarikat bumiputera yang dimiliki oleh pemilik yang berpengalaman dalam industri pelancongan. Dengan minat yang mendalam dalam industri pelancongan, syarikat yang ditubuhkan boleh membantu pertumbuhan ekonomi tempatan.

Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang boleh menjana keuntungan melalui pertukaran asing, aktiviti hotel, pengangkutan dan lain-lain. Jika negara mempunyai kadar penerimaan pelancong yang tinggi akan mampu memperkenalkan nama Malaysia di mata dunia.

Malaysia mempunyai destinasi pelancongan tropika yang cantik dan berpotensi di Asia kerana mempunyai bentuk muka bumi yang unik dari segi iklim, geografi, kehidupan flora dan fauna yang berbeza. Malaysia juga mempunyai dua tanah berbeza iaitu Semenanjung Malaysia dan juga Borneo yang terdiri dari Sabah dan Sarawak. Keunikan budaya, bangsa, makanan, tempat dan persekitaran yang harmoni di Malaysia mampu menarik minat penduduk tempatan dan juga warga asing.

Para pengarah syarikat telah mengambil inisiatif untuk mengorak langkah meneruskan kesinambungan dalam bidang ini dengan penuh cabaran dengan membuka syarikat pelancongan. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 9 Mei 2019, atas nama AL FATEH WORLDWIDE TRAVEL AND TOURS SDN BHD, dengan nombor pendaftaran syarikat, 201901016689 (1326017-P).

Trusted by

KEPIMPINAN TERTINGGI SYARIKAT

Mohd Tajuddin bin Abd Razak

Chief Executive Officer (CEO)

Afizul bin Ariffin

Chief Operating Officer (COO)

Mariam binti Rusly

Executive Management, Marketing and Corporat (CMMC)

Nurul Wahidah Abd Razak

Administrative Manager

Ustaz Hamdan Arpan Said

Haramain Manager